Aku




Aku.
Ciptaan istimewa
Semua makhluk milikinya
Tak punyai sebarang kuasa
Tapi mampu berbicara tanpa suara

Aku.
Anugerah terindah
Tak pernah salah
Tak pernah sesat
Tapi akal fikiran menidakkan ku
Membuat aku resah


Aku.
Sendiri
Yang mencari pasanganku
Untuk saling melengkapi


Aku.
Lalui pelbagai rasa
Indah
Kecewa
Bahagia
Derita
Ya. Yang tahu itu hanya aku

Aku.
Mengerti erti rindu
Mengenal erti sayang
Mengeja erti cinta
Sakit
Hanya aku yang tahu

Aku.
Sekeping hati.

aku nak tidur dengan aman kejap lagi

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

Aku nak tidur dengan aman kejap lagi. Ayat last aku luahkan sebelum semuanya berubah sekelip mata. Minggu terakhir ramadhan sekali lagi benda tak disangka, terjangka dek akal berlaku. Perghhh bukak aje pintu bilik tengok bilik dah bersepah. Tabung aku kat atas katil, beg semua kena selongkar. Laptop! Benda paling mahal yang ada dalam bilik, cari-cari takda. Sah, penyamun dah hangkut!

Sebelum tu dah separuh nyawa aku terbang siapkan assignment nk submit haritu jugak, balik je tengok bilik macam tu lansung rasa tak bernyawa. Aku rasa waktu kejadian tu dalam pukul10am-12pm sebab aku keluar rumah pukul 9am pergi kelas then sampai rumah dalam pukul1.30. Sohaiii, memang takda rezeki.. Erkkkk ingatkan sampai runah dapatlah landing dah letih sangat, rupanya lain yang jadi.

Banyak kemungkinan berlaku rumah kitorang kena pecah dengan housemate sendiri. Eh tak mahu menuduh sesape mungkin jiran sebelah, awang hitam, mnyamar, tak tahu. Sebab polis pun tak dapat kesan. Allah kan ada...

Tengslahhh pada yang buat jenayah tu aku doakan semoga kau dapat hidayah nak berubah biar kau tak aniaya orang lain pulak atau kau akan aniaya aku lagi, tapi aku doakan jugak hidup kau takkan aman kat dunia ni selagi kau tak datang berlutut minta maaf kat aku. Ingat, mungkin aku dan kau takkan jumpa lagi kat dunia ni tapi Allah maha adil. Aku harap kau jumpa aku kat akhirat nanti.

To yang tak habis bagi support, tengs jugak. Aku tau, meraung air mata darah melalak keluar anak tekak pun takkan dapat ubah semua yang dah berubah, kembali apa yang telah pergi. Aku terima, cuma gigih sikit laa nak beli laptop baru. Hihii

Sekarang baru aku tahu erti kehidupan tak berlaptop. Menggagau mengigau aku pergi library, pergi cc, pinjam laptop kawan nak siapkan assignment punya pasal. Lagi sekali pada yang merompak tu, tengs lahhh susah kan hidup orang and tengs jugaklah ko tinggalkan charge laptop ni untuk aku buat tenung-tenungan kenang-kenangan. Phuiiii....

Hati-hati duk mentari court.





Dugaan sehari sebelum berpuasa

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

SALAM RAMADHAN.. IHIKSS KEJAP JE KAN DAH 11 HARI BERPUASA. KORANG PENUH TAK? MALAM NI NAK CERITA SIKIT APA YANG JADI KAT AKU SEHARI SEBELUM PUASA DAN AKU RASA ITU LA DUGAAN SEHARI SEBELUM RAMADHAN ATAU LEBIH TEPAT LAGI BALASAN SEBAB GEDIKSSS SANGAT! PADAN MUKA..

FIRST NAK CAKAP AKU DAH DAPAT IPHONE4. AHAAA MUNGKIN SEBAB TU LA KOT HAPPY SANGAT INGKE TAK INGAT BAK KATE MAK AKU KAN. MALAM TU PERGI LA MAKAN MCD TEBRAU DEKAT CAREFOUR TU  DENGAN ENCIK AMIRUL, HATI TENGAH GUMBIRA JANGAN CAKAP LA.. NI TANGAN TAKLEPAS IPHONE BAK ANGG.. DENGAN PURSE LAGI KAN, HATI TENGAH BERBUNGA-BUNGA. OK MASUK DALAM MCD MAKAN LA MACAM BIASA, SEMBANG SEMBANG SNAP PIC KAN TENGAH SERONOKKK.. 

DAH KENYANG TU APA LAGI JOM BALIK! OK KELUAR TU PON GELAK GELAK LAGI.. DIULANGI, HATI TENGAH SENANG, GUMBIRAAA KATAKAN.. SAMPAI DEKAT KERETA, ENCIK BUAH HATI JANTUNG NAK SMOKE KEJAP. MALAS LA MASUK KERETA LAGI. LEPAS TU SEBOK LA BALIK DENGAN IPHONE KANN.... DAH TU SNAP SNAP PIC LA BALIK BATAK PUN ADA WAKTU TU MAKLUMLAAA HANDPHONE BARU... LEPAS TU SEMUA NTAH KEMANA.

PURSE TERLEPAS DARI TANGAN, TERCICIR PUN TAKSEDAR DAH. MALAM TU ENCIK BUAH HATI KATA KERJA MALAM, PADAHAL NAK BUAT SURPRISE, SEBENARNYA DIA DAH AMBIK MC PON.. DAH MASUK DALAM KERETA PON MAIN LAGI IPHONE. HAAAISHHH BAPAK KELAMM BETUL ANAK MAKCIK NI. MASUK JE KERETA, START JE ENGINE KERETA TERUS JALANNN.. TAKSEDAR LAGI TUUU..

DAH JAUH LEPAS SIKIT DARI BALAI MAJIDEE TU BARU PERASAN. PURSE ORANG MANA? HAAA PUCAT NAK MATI MUKA. OK BELUM NANGIS LAGI TU. RILEK RILEK.. PATAH BALIK.. PUSING PUSING TAKDA JUGAK. PUSING LAGI PUN TAKDA. NASIB BAIK DUIT TAKBANYAK ADA RM25 JE.. HMM TAK TENANG DAH HATI. JANGAN NANGIS, TAHAN LAGI. ENCIK BUAH HATI PON KATA, SABAR TAKYAH NANGIS.. BERDOA JE NI, RISAU TAKYAH CAKAP.

DAH GIVE UP CARI TAKJUMPA JUGAK ENCIK BUAH JANTUNG KATA, KITA G REPORT! OK JUM! CARI BALAI POLIS DEKAT SITU TAKJUMPA, DIA LUPA KATANYA JARANG PERGI. NAK PERGI BALAI DIA MEMANG TAK LA KANN.. LAST-LAST BUAT REPORT SAMPAI KAT BAZAR KARAT NUN. TUDIA JAUH.

LEPAS BUAT REPORT BARU LA LEGA HATI. LEPAS TU DUK KAT TEPI PELABUHAN TU TENANGKAN HATI. AMBIK ANGIN SIKIT.

ESOKNYA DARI NAIK BAS DARI JB PUKUL 11 SAMPAI DEKAT TBS TERUS AMBIK KTM TANJUNG MALIM. BALIK PERAK NGADU KAT MAK! HAAAA BELETER TAK INGAT. PADAN MUKA KAU BUDAKKKK! 

SETTLEKAN SEMUA KAD BANK, IC, LESEN. TERPAKSA MC KELAS DUA HARI. HEEE, KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN SEBAB DAPAT JUGAK BERSAHUR DENGAN FAMILY WALAUPUN PETANG TU DAH BALIK PJ, BEBRUKA DENGAN HOUSEMATE. HIHI

AHHH SEDIHH. IC AKU BARU JE LAGI GANTI TAKPUAS LAGI GUNA DAH HILANG KENA BUAT BARU. LESEN BELUM HABIS P LAGI DAH KENA BUAT BARU. GELAK ABG JPJ TU DENGAR (--..--) KAD KTM, KAD POPULAR HABIS DAN YANG PALING SEDIH SEBELUM G MAKAN TU AKU BARU KIDNAP GAMBAR PASPORT ENCIK BUAH HATI AKU PAKAI UNIFORM KERJE YANG PALING LATEST! UWAAAA... HILANG MACAM TU JE! BAHAGIA KU DERITAKU . UWAAAA T_T

HMM TAPI NAK BUAT MACAM MANA KAN. DAH TERTULIS KAT LUTH MAHFUZ.. TAPI JADI SATU PENGAJARAN JUGAK LA SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI LEPAS NI DAN TAK CUAI LAGI. KALAU TAK MACAM MANA NAK PERGI MELANCONG NI MAK TAK BAGI. HIHI

MALAM KEJADIAN.. WAKWKKWKW -.-

P/S: ENTRY PAKAI HURUF BESAR, NAMPAK MACHO SIKIT :)




Ramadhan datang lagi

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

Alhamdulillah. Pejim celik dah bulan Julai dan yeayy! kita dah dekat dengan Ramadhan. Semoga kita dapat menjalankan ibadah dan mencari pahala dibulan Ramadhan ni. Tahun kedua puasa tanpa family. Harap semuanya okey. Tapi dah plan nak balik kampung setiap minggu. Abah kata okey, janji isi minyak. Hahahaha rindu abah. Takda masa nak update blog selalu *sebenarnya malas* eh tapi masih ada lagi yang sudi jenguk. Haaa tengok follower tu pun dah cecah angka enam. Muehehe...

Terima kasih awakk.. Terima kasih.. Thank You :)


Geram dengan seorang kawan tu! Dah tak kerja dunkin Donut pun masih lagi panggil orang Donut King T_T

Haiii saya selaku tuan blog mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak!  Puasa penuh okey, jangan tak puasa pulak. Kalau ada alasan munasabah tu tak ape la kan. Hihihi.
Tuan blog nak bagi pantun sikit, layan ajelah ye kome kome.

Indah sungguh malam dihiasi bulan,
Cahaya bulan terlindung disebalik awan,
Selamat tinggal Syaaban,
Selamat datang Ramadhan.

P/s 1 : Taksabar nak pergi Jb esok nak ambil handphone baru
P/s 2 : Taksabar nak tunggu duit gaji masuk
P/s 3 : Taksabar nak raya ? eh boleh ke cenggitu ? hhehe

For You!

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

For you! XOXO

#WW : Kecantikan adalah subjektif

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

Credit : http://notainsan.blogspot.com

NOTA KAKI : KALAU ORANG KOREA TENGOK ORANG MALAYSIA YANG CANTIK, SUDAH PASTI DIA AKAN BERKATA " ORANG MALAYSIA CANTIK, MATA BESAR, HIDUNG TERLETAK, BIBIR TERUKIR DAN TAK PERLU BUAT PEMBEDAHAN UNTUK CANTIK MACAM ORANG-ORANG KAT KOREA SANA. TAPI KALAU ORANG KOREA TU TENGOK AKU MESTI DIA KATA " NAK SAYA KENALKAN AWAK DENGAN PAKAR PEMBEDAHAN KAT TEMPAT SAYA ?" -.- K BYE!

Dunkin Donut Sunway Pyramid

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

lampu yang membuatkan aku selalu gelap dan hitam -.-

Hai. Saya pekerja part time Dunkin Donut Sunway Pyramid. Dah tiga bulan bekerja *kerja paling lama aku penah kerja* tapi tak tahu berapa lama lagi tahan dekat situ sebab menyampah dengan supervisor dia. Mohon berhentikan supervisor please! Hahahahaha.. Kalau nak donut atau apa-apa yang ada kat DD tu, datang lah! Jangan nak saya sudahlah, menangis encik tunang. Kikikiki. Nak manager saya takpa! :P

Ok nak siap pergi kerja! Byeeee......

tak kena mengena dengan tajuk. Dua-dua bam bam -.-

paling kuajaq bila tengok pipi terbayang donut, tengok pipi terbayang donut -.-

K BYE!

Kau ilham ku cover by una

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia


Hai! Sekian lama dah tak petik mahupun sentuh inikan pulak nak peluk-peluk gitar, terasa kerinduan itu bila duduk kat bilik ni sensorang housemate semua balik tinggalkan aku T_T dah petik-petik tu kan terus rasa nak cover lagu, dah tu rasa nak record, dah tuuuu taraaaa. Jadilah video yang takseberapa ni. Btw, video ni dah record tiga hari yang lepas, niat dihati taknak pun upload kat Youtube, tapi tak lepas-lepas nak upload kat blog, akhirnya pasrah dan menyerah jela upload kat Youtube -___- Buat blogger-blogger semua, terimalah kau ilham ku nyanyian asal man bai dan dinyanyikan semula oleh Rosmahusna. Sorry sangat, suara gitar video semua out habis tapi poyo nak upload jugak. Hehee.. Komen lah ye.

Dah terserlah kegemukan kat situuu :P

Buat yang support, Tengs sangat-sangat.. Tapi buat yang rasa menyampah, nak muntah atau tahap nak hantuk kepala kat dinding bila tengok video ni, Sorry morry sorry morry ;)

Sebelum terlupa, Happy Mother's Day! Orang sayang mak sangat-sangat! Mak lah segala-galanya untuk orang! Mak lah mak paling kuat dan terbaik kat dunia ni!


P/s : Typo lah dekat nama penyanyi asal dalam video tu. Maaf maaf maaf maaf maaf :)

Penangan Candy Crush

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

Pasti semua orang dah tahu dengan permainan yang sangat - sangat hot di App Store, Google Play dan Facebook. Candy Crush Saga. Ya, permainan yang sangat kiut miut dengan cokelat cokelat warna warni tu. Cuma perlu samakan warna atau jenis cekelat, lepas tu pop pop pop pop pop meletup. Seronok!
Tapi hati-hati. Permainan itu ada bahayanya bagi sesetengah pihak atau lebih tepat untuk orang macam aku :P Tak sampai tiga minggu, aku dah habiskan kesemua episod dan jumlah kesemua 365 level mungkin ada lepas ni Candy Crush Saga II atau next level sampai 1000 maybe. I don't know. Hehe -__-  Fuhhhh! Naik juling biji mata ni. Malas nak bangun dari depan laptop salah satu bahaya Candy Crush ni. Bila dah lepas level, nak main lagi main lagi dan terus bermain sampai taksedar dah pukul 3 4 pagi. Bahaya jugak yang ini.


Korang main Candy Crush Saga ni ? Dah level berapa ? Kalau dah habis, sep sikit! Kita geng \( 0 | 0 )/







pelapik kaki pelbagai corak

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia


Pelapik kaki pelbagai corak! Handmade daripada orang kurang upaya. Tak percaya ? Percayalah. Kalau nak tempah boleh pm kat sini Facebook! Boleh juga request design dan warna mengikut citarasa. Size dan harga tak pasti nanti akan diupdate.

                 

                 

Satu pembelian merupakan sedekah dan selamat beramal!

Qamar Anggun Beauty Spa

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia


Assalamualaikum, salam 1 Malaysia dan selamat mengundi.
Entry special untuk kakak-kakak, ibu-ibu yang sentiasa ingin sihat! Eh, cik abang pun boleh baca, untuk isteri atau adik beradik perempuan yang lain :) Kaedah urut-mengurut terdapat dari zaman emak-emak lagi. Ianya sangat penting bagi menjaga kesihatan dalaman, orang kata cantik luar cantik dalam. Ecewahhh tak gitu ?

Harini saya nak kongsi 1 tempat yang amat-amat sesuai untuk para muslimah, bakal pengantin, dan juga ibu-ibu lepas bersalin. Terdapat pelbagai rawatan tersedia.. Antaranya pakej rawatan urut ibu bersalin, pakej rawatan selepas pantang, pakej pengantin, urut tradisional, urut aromaterapi, urutan wajah, urutan migrain, bertungku, berbengkung, lulur skrub badan, lulur rempah, sauna, mandi herba bersalin, mandi susu dan macam-macam lagi. Yee, anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan, murah dan berbaloi dengan perkhidmatan juga dapatkan dengan harga-harga promosi. Grab it now! Tak lain tak bukan, segalanya di Qamar Anggun Beauty Spa.. Selamat Datang! Qamar Anggun Beauty Spa juga menyediakan perkhidmatan ke rumah anda!





Bertempat di 
Atau anda boleh berhubung terus dengan Puan Qamar pada nombor yang tertera diatas!


Kategori anak derhaka ke aku ?

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

Tiba - tiba menangis.
Rindukan family 
Teringat kata-kata ustaz minggu lepas yang bikin aku sentap sentap sentap sampai ke minggu ni 
Fikir pasal hati adik aku ✓ 
atauuuu...
tengok video klip sayang band Ungu tu ? ✘  ✘  ✘ 
Tak tahu, yang pasti air mata ni meleleh sendiri. Sedih tak tentu pasal barang kali -.- Sabar wahai hati !

Minggu lepas masuk kelas Pengajian Islam untuk kesekian kalinya belajar lagi tentang peranan anak - anak. Rasanya semua orang tahu kan peranan anak - anak ? Tak tahu sila google. Dan salah satu peranan nya " anak tak boleh ingkar arahan ibu bapa " Masih tekun dengar penjelasan ustaz. OK dengar, dengar dan sentap! Itu yang tak boleh dengar.

" Anak - anak tak boleh ingkar arahan ibu bapa, contohnya ibu bapa suruh belajar, anak dia boleh pulak pergi buat kerja part time. Nampak, dia dah ingkar arahan orang tua dia "

Sentap!
Kategori derhaka ke aku ? Dah dekat sebulan buat kerja part time. Seminggu pertama kerja, aku rahsiakan dari pengetahuan family kecuali adik aku. K rahsia aku rahsia dia, rahsia dia dia sensorang. Sebab tu aku sedih bila tau pasal hati dia. Tapi masuk minggu kedua, terus bagitau family. Mak dengan abah pun tak marah, tapi pesan jangan sampai abaikan pelajaran. Jangan tidur lewat, rehat cukup - cukup. Mesej dari mak tiap - tiap balik dari kerja. Aku rahsia dari family tu bukan sebab memang taknak bagitau, tapi sebab mana tahu tak tahan dengan kerja tu, aku boleh kerja sehari then berhenti :P Tapi point kat sini, aku dah ingkar arahan mak abah aku. Cemana tuuu...

Banyak kali jugak fikir nak kerja ke tak. Tapi masa pergi mintak kerja tu ada berdoa dan niat dalam hati " Kalau ini yang dapat membantu keluarga ku, permudahkan urusan ku " Dari mula mintak kerja, macam main - main je. Mintak, interview, dapat. Esok tu terus masuk kerja. Sejak mula kerja sampai harini, semuanya senang. Alhamdulillah, kerja pun tak berat. Sakit kaki tu biasa la.. Berdiri manjang :p

Sentap dengan ayat ustaz minggu lepas, rasa nak menjawab pun ada. Tapi jawab dalam hati je, Biarkan ape orang nak cakap, janji diri ni dan Allah je yang tau.

Kerja apa ? Hihii

Part time crew Dunkin Donut, Sunway Pyramid.
Nak donut ? Boleh. Beli 5 percuma 1 atau nak lebih special, beli 4 percuma 2 :P

Pasal video klip ungu tu, betul sedih! Tak tipu.








Copyright © 2011 - 2013 | All Right Reserved by Rosmahusna