Kategori anak derhaka ke aku ?

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

Tiba - tiba menangis.
Rindukan family 
Teringat kata-kata ustaz minggu lepas yang bikin aku sentap sentap sentap sampai ke minggu ni 
Fikir pasal hati adik aku ✓ 
atauuuu...
tengok video klip sayang band Ungu tu ? ✘  ✘  ✘ 
Tak tahu, yang pasti air mata ni meleleh sendiri. Sedih tak tentu pasal barang kali -.- Sabar wahai hati !

Minggu lepas masuk kelas Pengajian Islam untuk kesekian kalinya belajar lagi tentang peranan anak - anak. Rasanya semua orang tahu kan peranan anak - anak ? Tak tahu sila google. Dan salah satu peranan nya " anak tak boleh ingkar arahan ibu bapa " Masih tekun dengar penjelasan ustaz. OK dengar, dengar dan sentap! Itu yang tak boleh dengar.

" Anak - anak tak boleh ingkar arahan ibu bapa, contohnya ibu bapa suruh belajar, anak dia boleh pulak pergi buat kerja part time. Nampak, dia dah ingkar arahan orang tua dia "

Sentap!
Kategori derhaka ke aku ? Dah dekat sebulan buat kerja part time. Seminggu pertama kerja, aku rahsiakan dari pengetahuan family kecuali adik aku. K rahsia aku rahsia dia, rahsia dia dia sensorang. Sebab tu aku sedih bila tau pasal hati dia. Tapi masuk minggu kedua, terus bagitau family. Mak dengan abah pun tak marah, tapi pesan jangan sampai abaikan pelajaran. Jangan tidur lewat, rehat cukup - cukup. Mesej dari mak tiap - tiap balik dari kerja. Aku rahsia dari family tu bukan sebab memang taknak bagitau, tapi sebab mana tahu tak tahan dengan kerja tu, aku boleh kerja sehari then berhenti :P Tapi point kat sini, aku dah ingkar arahan mak abah aku. Cemana tuuu...

Banyak kali jugak fikir nak kerja ke tak. Tapi masa pergi mintak kerja tu ada berdoa dan niat dalam hati " Kalau ini yang dapat membantu keluarga ku, permudahkan urusan ku " Dari mula mintak kerja, macam main - main je. Mintak, interview, dapat. Esok tu terus masuk kerja. Sejak mula kerja sampai harini, semuanya senang. Alhamdulillah, kerja pun tak berat. Sakit kaki tu biasa la.. Berdiri manjang :p

Sentap dengan ayat ustaz minggu lepas, rasa nak menjawab pun ada. Tapi jawab dalam hati je, Biarkan ape orang nak cakap, janji diri ni dan Allah je yang tau.

Kerja apa ? Hihii

Part time crew Dunkin Donut, Sunway Pyramid.
Nak donut ? Boleh. Beli 5 percuma 1 atau nak lebih special, beli 4 percuma 2 :P

Pasal video klip ungu tu, betul sedih! Tak tipu.








Copyright © 2011 - 2013 | All Right Reserved by Rosmahusna