Aku.
Ciptaan istimewa
Semua makhluk milikinya
Tak punyai sebarang kuasa
Tapi mampu berbicara tanpa suara
Aku.
Anugerah terindah
Tak pernah salah
Tak pernah sesat
Tapi akal fikiran menidakkan ku
Membuat aku resah
Aku.
Sendiri
Yang mencari pasanganku
Untuk saling melengkapi
Aku.
Lalui pelbagai rasa
Indah
Kecewa
Bahagia
Derita
Ya. Yang tahu itu hanya aku
Aku.
Mengerti erti rindu
Mengenal erti sayang
Mengeja erti cinta
Sakit
Hanya aku yang tahu
Aku.
Sekeping hati.