Aku




Aku.
Ciptaan istimewa
Semua makhluk milikinya
Tak punyai sebarang kuasa
Tapi mampu berbicara tanpa suara

Aku.
Anugerah terindah
Tak pernah salah
Tak pernah sesat
Tapi akal fikiran menidakkan ku
Membuat aku resah


Aku.
Sendiri
Yang mencari pasanganku
Untuk saling melengkapi


Aku.
Lalui pelbagai rasa
Indah
Kecewa
Bahagia
Derita
Ya. Yang tahu itu hanya aku

Aku.
Mengerti erti rindu
Mengenal erti sayang
Mengeja erti cinta
Sakit
Hanya aku yang tahu

Aku.
Sekeping hati.

No comments :

Copyright © 2011 - 2013 | All Right Reserved by Rosmahusna