Kategori anak derhaka ke aku ?

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

Tiba - tiba menangis.
Rindukan family ✓
Teringat kata-kata ustaz minggu lepas yang bikin aku sentap sentap sentap sampai ke minggu ni ✓
Fikir pasal hati adik aku ✓ 
atauuuu...
tengok video klip sayang band Ungu tu ? ✓ ✘ ✓ ✘ ✓ ✘ ✓ ✘
Tak tahu, yang pasti air mata ni meleleh sendiri. Sedih tak tentu pasal barang kali -.- Sabar wahai hati !

Minggu lepas masuk kelas Pengajian Islam untuk kesekian kalinya belajar lagi tentang peranan anak - anak. Rasanya semua orang tahu kan peranan anak - anak ? Tak tahu sila google. Dan salah satu peranan nya " anak tak boleh ingkar arahan ibu bapa " Masih tekun dengar penjelasan ustaz. OK dengar, dengar dan sentap! Itu yang tak boleh dengar.

" Anak - anak tak boleh ingkar arahan ibu bapa, contohnya ibu bapa suruh belajar, anak dia boleh pulak pergi buat kerja part time. Nampak, dia dah ingkar arahan orang tua dia "

Sentap!
Kategori derhaka ke aku ? Dah dekat sebulan buat kerja part time. Seminggu pertama kerja, aku rahsiakan dari pengetahuan family kecuali adik aku. K rahsia aku rahsia dia, rahsia dia dia sensorang. Sebab tu aku sedih bila tau pasal hati dia. Tapi masuk minggu kedua, terus bagitau family. Mak dengan abah pun tak marah, tapi pesan jangan sampai abaikan pelajaran. Jangan tidur lewat, rehat cukup - cukup. Mesej dari mak tiap - tiap balik dari kerja. Aku rahsia dari family tu bukan sebab memang taknak bagitau, tapi sebab mana tahu tak tahan dengan kerja tu, aku boleh kerja sehari then berhenti :P Tapi point kat sini, aku dah ingkar arahan mak abah aku. Cemana tuuu...

Banyak kali jugak fikir nak kerja ke tak. Tapi masa pergi mintak kerja tu ada berdoa dan niat dalam hati " Kalau ini yang dapat membantu keluarga ku, permudahkan urusan ku " Dari mula mintak kerja, macam main - main je. Mintak, interview, dapat. Esok tu terus masuk kerja. Sejak mula kerja sampai harini, semuanya senang. Alhamdulillah, kerja pun tak berat. Sakit kaki tu biasa la.. Berdiri manjang :p

Sentap dengan ayat ustaz minggu lepas, rasa nak menjawab pun ada. Tapi jawab dalam hati je, Biarkan ape orang nak cakap, janji diri ni dan Allah je yang tau.

Kerja apa ? Hihii

Part time crew Dunkin Donut, Sunway Pyramid.
Nak donut ? Boleh. Beli 5 percuma 1 atau nak lebih special, beli 4 percuma 2 :P

Pasal video klip ungu tu, betul sedih! Tak tipu.








Hari yang sangat panjang!

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia


Akhirnya 7disember 2012 berlalu dengan sempurna! 
Yeayyy.. Hari yang sangat panjang!
Dengan bangganya, Rosmahusna bt Norddin dah cukup 11tahun. Tahun depan lepas UPSR dia kahwin!
Hihihihihihi.. Walaupun dalam ic dah 18tahun. Tolong jangan ikut ic. Tolong lah paham. Tolong abaikan, please!  *Awak Ohsemmmm

Pagi-pagi lagi dah my mummy dah kejut!

Mak : Bangun - bangun. Happy birthday..
Aku : *Muka blurrr
Mak : Kaklia pon dah bersalin subuh tadi. Dapat baby girl. Same birthday la dengan kamu!
Aku : *Bangga kejap


Photo: Qisha Nur Ayris asyk tdo je..sgt2 kecik kn Photo: Anak Liya Qasih Roy

Act 6/12 haritu baby nak keluar *kalau keluar 6/12 mesti future husband aku pulak yang bangga sebab birthday dia* tapi doktor tahan sebab tak cukup bulan.
Tengok - tengok keluar jugak 7/12 jugak!.. Tu yang buat Atih dia lagi bangga tu. Wuuuuuu..
Same dengan ateh dia tuuuuu :P
KihKihKih. Dah takdir nak buat macam mana kan :)
Sayang Qisha Nur Ayris *nama baby*


Nota Matahati : Tengs pada yang wish birthday aku haritu. Semoga Allah membalas doa doa kalian. Aminn..

Happy Birthday dear!

Maaf Atas Penggunaan Kata 'AKU' Pada Yang Lebih Berusia

Finally,im 22 years old! Ehh.. bukan saya tapi dia. Dia... Amirul Fazrin b. Adnan
6 disember,hari tua untuk dia. Hahahaha K gelakkan orang!

Hahaa, so semalam aku decide nak buat something special for wish birthday dia.. Pikir punya pikir last-last aku dapat 1 idea ni.. Best ke tak best ke ni je yang ada, dalam masa yang cepat dan paling pantas! Ahhaaa.. nak tengok apa yang aku buat ?? Jappp! Nak upload :P



Taraaaa! Bagi korang maybe it's not something special but bagi aku
VERY SPECIAL! IKHLAS DARI HATI :)


HAPPY BIRTHDAY SAYANG!   DAH NYANYI KAN MALAM TADI,
NANTI BILA DAH JUMPA KITA CELEBRATE BIRTHDAY KITA OKEY SAYANG..
DONT WORRY, I'VE MORE SOMETHING SPECIAL FOR YOU! MISS YOU AND REALLY REALLY LOVE YOU!
   

Copyright © 2011 - 2013 | All Right Reserved by Rosmahusna